Tuesday, 9 December 2014

Episod 2:Aku dan keluarga ku

Aku di besarkan dalam sebuah keluarga yg agak besar dan sederhana. Arwah ayah ku adalah pesara polis manakala ibuku suri rumah sepenuh masa.Kami sekeluarga kerap berpindah kerana tuntutan tugas arwah ayah ke pahang, johor dan melaka menyebabkan adik beradik kami tidak begitu fasih loghat negeri sembilan..tp arwah ayah n emak mmg pekat loghat nye..hihi

Arwah kakak ku yg sulung telah pun meninggal dunia kira-kira setahun yg lalu kerana penyakit kencing manis.Arwah adalah seorang guru dan sekolah terakhirnya ialah di SMK SERI KOTA, MELAKA.Arwah kak longku memang seorang yg tegas dan amat menitik beratkan pendidikan adik2 nya.Arwah memang seorang yg kental semangat even masa diadalam stage yg kronik, dia berusaha utk menghabiskan Phd nya dalam bidang pentadbiran perniagaan..tp Allah lebih menyayangi nya..kini aku berazam utk menyambung impian nya yang tidak tercapai utk bergelar doktor di hadapan nama ku..

Kakak ku yg kedua kini bahagia dgn suami dan anak2 nya di selangor.kesemua anaknya sudah bekerja dan ada yg baru sahaja tamat pengajian di kolej.sementara yg ketiga berada di perak bersama suami, anak2 dan cucu nya..hihi kira aku ni bertuah lah x kahwin lg dah dapat cucu..dan kakak ku yang keempat di kuala klawang.you know what .suami nya berbangsa Cina. .so satu malaysia taw sbb my father's side adalah keturunan india..dan kakak ku yg keempat juga bahagia dgn anaknya walaupun masih menunggu kehadiran cucu sulung nya.. (belum ada rezeki tu)

Next adalah abang aku yg kelima. .dialah yg sgt produktif sbb dia dikurniakan anak yg paling ramai..taw x berapa?? Sepuluh orang..hihi serius so productive..dan dia tidak bekerja kerana keadaan dirinya yang x sihat. .kebetulan anak2 nya ada yg sudah bekerja..so he doesnt need to work anymore..pastu abang aku yang keenam ni sekarang bertugas sbg pensyarah di kolej matrikulasi negeri sembilan..dikurniakan lima anak..seorang lelaki n empat perempuan. .yg sulung baru je grad dari uitm..yg kedua bakal bergelar engineer yg ketiga baru tamat spm manakala yg keempat dan kelima masih bersekolah..

Adik yg bongsu dah berkahwin dan merupakan lepasan politeknik melaka..skrg di kurniakan dua org puteri dan bekerja sbg seorang penjawat awam di rembau (sorry x ingat nama ofisnye)

And aku kini bahagia menjaga ibuku walaupun aku tahu sgt susah ttp aku sgt bersyukur sebab aku di beri peluang menjaga nya..tp byk dugaan taw..mcm pagi tadi my mum dia locked salah satu bilik kt rumah..takde kunci..jadinya terpaksa bertukar kepada mcgyver..ompil bilik tu..mak oh mak..hihihihi

No comments:

Post a Comment